My Nuffnang

Monday 2 January 2012

Nk beli breastpump lagi....

Setelah aku rasa selesa dengan breastfeeding,(maksudnya rs confident boleh fully breastfeeding baby), aku pun upgrade breastpump aku ke Spectra 3..ini bukanla kerana avent manual tu tak best dah, cuma dengan Spectra3 ni, dia double-pumping..maksudnya, aku boleh jimat masa mengepam..kalo sebelum ni guna avent, sebelah breast 10min, sebelah lagi pun dlm 10 min..so total 20 min..kalo double-pumping ni, aku pam dua2 belah serentak selama 10 min je..jimat masa kan???

Selain itu, takdela ada susu yg membazir..sbbnya kalo dulu aku pam sebelah, sebelah lg pun akan ada 'let down reflex'..susu akan menitik keluar..kdg2 sempat tadah, kdg2 tak sempat...kalo ada Kasih sekali, aku akan menyusukan dia sebelah lagi, sebelah lagi pam..tp jenuhla nk adjust kedudukan tu..dengan double-pumping, susu akan dirangsang serentak dan ini boleh meningkatkan hasil pengeluaran..

Kalo dh namanya electric pump, of course la tak lenguh tangan dah..biler tak penat, hati senang, hasil pun lumayan..wah gitu!

Inila dia Spectra 3 kesayangan aku..Avent pun tetap syg gak..hihihi
 Spectra 3 ni aku beli melalui sistem kutu daripada rakan2 Susuibu.com..mak kutu dia kak Hazarina Ishak, pengasas Lunatots sekarang..harganya satu set (semua dlm gmbr kecuali 6 storage bottles MLO) dalam RM600++..walaupun S3 ni besar gabak, tp sy bangga menggalasnya setiap hari ke tpt keje...hehehe

No comments:

Post a Comment